Tarikh :- 30 Julai 2010
Hari :- Jumaat (Malam)
Tempat :- Dewan Utama KIPSAS
Aturcara Majlis :-
~Bacaan Doa
~Ucapan alu-alauan oleh Pengerusi Majlis, dan
Wakil Presiden Kipsas Ustaz Muhamad Nizam bin Jamaludin
~ Persembahan Sajak "Jihad Boikot" oleh Pelajar Muslimat KIPSAS
~ Perkongsian Pengalaman oleh Encik Mohd Nizam ( anak kapal MarviMarmara dan juga
sukarelawan Life Line For Gaza )
~Tayangan video keadaan sewaktu peristiwa penawanan dan pembunuhan anak kapal
MarviMarmara
~Persembahan Pantomen oleh Pelajar Muslimin KIPSAS
~ Nyanyian lagu Palestin oleh semua hadirin yang hadir
~Majlis bersurai
 |
AJK Malam Mahbbah Palestin bergambar bersama Encik Nizam sukarelawan LL4G |
 |
Pameran dan Jualan oleh badan Non Goverment Organisation (NGO) seperti Haluan mendapat sambutan di kalangan pelajar KIPSAS tanda sokongan mereka kepada perjuangan membebaskan Palestin
|
 |
Muslimin KIPSAS bersama En. Nizam bersama menyemarakkan semangat jihad menyelamatkan al-Quds yang tercinta dalam hati mereka dan juga sahabat-sahabat yang lain. |
 |
Persembahan pantomen oleh pelajar Muslimin KIPSAS- satu persembahan gimik yang menyentap jiwa para hadirin yang hadir dan menyedarkan mereka bahawa Islam pasti bangkit kembali dan Al-Quds pasti dapat dibebaskan semula.
|
 |
Sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pelajar KIPSAS amat memberangsangkan dan menggambarkan kebencian mereka kepada Israel zionis yang telah menzalimi penduduk Palestin dan menawan al-Quds
Namun ingatlah saudara seislam sekalian berjanjilah bahawa jihad kita tidak akan pernah padam dan diharapkan agar semangat jihad yang dipupuk pada malam mahabbah palestin ini terus subur dan berbekas dan meninggalkan kesan di hati, perkataan, dan perbuatan seharian mereka.
Akhir kalam penantian masyarakat palestin dan umat Islam amnya pasti akan berakhir jua dengan kemenangan... Insya'Allah kerna itu janji Allah Namun masih adakah insan yang berkeperibadian sehebat Salehuddin Al-Ayubi, segagah Sultan Muhammad Al-Fateh dan semulia Nabi Muhammad S.A.W. yang dapat memacu kecemerlangan Islam dan seterusnya membebaskan al-Quds dari gengaman musuh Islam??? Tepuk dada tanyalah iman dihati... |
No comments:
Post a Comment