August 22, 2010

Memo Kursus Kahwin


Temasya Sukan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Tarikh :- 21 Julai-5 Ogos 2010
Tempat:- Stadium Mini KIPSAS

Khemah Rumah Kuning dihias cantik seperti Khemah Diraja
Acara Sukaneka berlangsung dengan penuh meriah
Perlawanan Akhir Bola Sepak antara pasukan Rumah Merah dan Rumah Biru  yang  menyaksikan kemenangan berpihak pada pasukan rumah Merah
Pelajar dan Pensyarah kipsas bersama-sama memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan Temasya Sukan KIPSAS
Semangat Kesukanan dan keaktifan pelajar dan pensyarah KIPSAS terserlah melalui pelbagai acara sukan yang dianjurkan
Ustaz Sufian menunjukkan bakatnya dalam acara tarik-menarik tali... Tarik jangan tak tarik Ustaz !!!



Semoga Temasya Sukan KIPSAS ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja dapat mencungkil bakat baru dalam bidang sukan di Kipsas  malah  dapat merapatkan ukhwah antara sesama pelajar, pelajar dan pensyarah dan antara sesama saudara seakidah. Akhir kalam sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan Temasya Sukan ini dan tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang menjuarai Temasya Sukan kali ini dan kepada pasukan yang kalah usah berputus asa. Kalah dan menang adat pertandingan... pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya...

Karnival Amal Islami




Tarikh :- 
4 -5 Ogos 2010






            

                                   Tempat :- Kolej Islam Darul Ridzuan (Perak)

Karnival Amal Islami telah diadakan dengan jayanya di KISDAR. Untuk makluman  Majlis Perasmian Gabungan Mahasiswa Iptim Se-Malaysia (GAMIM) juga telah berlagsung pada 4 Ogos 2010. Karnival ini telah disertai oleh 11 Institut Pengajian Tinggi (Islam) seluruh Malaysia iaitu KISDAR, KIPSAS, KIAS, KUIN, ASASI UIA, KIA, DARUL QURAN, IKMAS, UNITA, dan MARSAH.





Senarai Pertandingan yang dipertandingkan ialah :-

1)  Pertandingan Tilawah Al-Quran kategori  Lelaki dan Perempuan 
2) Pertandingan Hafazan Al-Quran kategori Lelaki dan Perempuan
3)  Pertandingan Berzanji kategori Lelaki dan Perempuan
4) Pertandingan Nasyid kategori Lelaki dan Perempuan 


 5)  Pertandingan Pidato Bahasa Arab Kategori Lelaki dan Perempuan

6) Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Kategori Lelaki dan Perempuan
7) Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kategori Lelaki dan Perempuan 
8) Pertandingan Seni Khat kategori Lelaki dan Perempuan 
9) Pertandingan Bahas Bahasa Melayu kategori Lelaki dan Perempuan


Pertandingan Nasyid Kategori Lelaki Karnival Amal Islami 


Juri dan Perserta Pertandingan Hafazan dan Tilawah Al-Quran





Peserta Karnival Amal Islami KIPSAS ceria menyertai pertandingan yang dianjurkan





Majlis Penutupan Karnival Amal Islami dan Majlis Penyampaian Hadiah kepada 
para pemenang

Risalah Mahasiswa Islam

Exco IT,Penerbitan  dan Tugas Khas telah menerbitkan beberapa Risalah Mahasiswa Islam. Risalah ini diterbitkan adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu bersama-sama secara tidak langsung dapat menggalakkan dan meningktkan budaya cinta membaca di kalangan pelajar. Ketua Editor Risalah ini yang merupakan penggerak utama risalah ini ialah Ahmad Shahir bin Ahmad, Jabatan Dakwah dan Pengurusan ( kyo_shahir@yahoo.com.my)