August 22, 2010

Memo Kursus Kahwin


Temasya Sukan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Tarikh :- 21 Julai-5 Ogos 2010
Tempat:- Stadium Mini KIPSAS

Khemah Rumah Kuning dihias cantik seperti Khemah Diraja
Acara Sukaneka berlangsung dengan penuh meriah
Perlawanan Akhir Bola Sepak antara pasukan Rumah Merah dan Rumah Biru  yang  menyaksikan kemenangan berpihak pada pasukan rumah Merah
Pelajar dan Pensyarah kipsas bersama-sama memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan Temasya Sukan KIPSAS
Semangat Kesukanan dan keaktifan pelajar dan pensyarah KIPSAS terserlah melalui pelbagai acara sukan yang dianjurkan
Ustaz Sufian menunjukkan bakatnya dalam acara tarik-menarik tali... Tarik jangan tak tarik Ustaz !!!



Semoga Temasya Sukan KIPSAS ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja dapat mencungkil bakat baru dalam bidang sukan di Kipsas  malah  dapat merapatkan ukhwah antara sesama pelajar, pelajar dan pensyarah dan antara sesama saudara seakidah. Akhir kalam sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan Temasya Sukan ini dan tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang menjuarai Temasya Sukan kali ini dan kepada pasukan yang kalah usah berputus asa. Kalah dan menang adat pertandingan... pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya...

Karnival Amal Islami




Tarikh :- 
4 -5 Ogos 2010






            

                                   Tempat :- Kolej Islam Darul Ridzuan (Perak)

Karnival Amal Islami telah diadakan dengan jayanya di KISDAR. Untuk makluman  Majlis Perasmian Gabungan Mahasiswa Iptim Se-Malaysia (GAMIM) juga telah berlagsung pada 4 Ogos 2010. Karnival ini telah disertai oleh 11 Institut Pengajian Tinggi (Islam) seluruh Malaysia iaitu KISDAR, KIPSAS, KIAS, KUIN, ASASI UIA, KIA, DARUL QURAN, IKMAS, UNITA, dan MARSAH.





Senarai Pertandingan yang dipertandingkan ialah :-

1)  Pertandingan Tilawah Al-Quran kategori  Lelaki dan Perempuan 
2) Pertandingan Hafazan Al-Quran kategori Lelaki dan Perempuan
3)  Pertandingan Berzanji kategori Lelaki dan Perempuan
4) Pertandingan Nasyid kategori Lelaki dan Perempuan 


 5)  Pertandingan Pidato Bahasa Arab Kategori Lelaki dan Perempuan

6) Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Kategori Lelaki dan Perempuan
7) Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kategori Lelaki dan Perempuan 
8) Pertandingan Seni Khat kategori Lelaki dan Perempuan 
9) Pertandingan Bahas Bahasa Melayu kategori Lelaki dan Perempuan


Pertandingan Nasyid Kategori Lelaki Karnival Amal Islami 


Juri dan Perserta Pertandingan Hafazan dan Tilawah Al-Quran





Peserta Karnival Amal Islami KIPSAS ceria menyertai pertandingan yang dianjurkan





Majlis Penutupan Karnival Amal Islami dan Majlis Penyampaian Hadiah kepada 
para pemenang

Risalah Mahasiswa Islam

Exco IT,Penerbitan  dan Tugas Khas telah menerbitkan beberapa Risalah Mahasiswa Islam. Risalah ini diterbitkan adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu bersama-sama secara tidak langsung dapat menggalakkan dan meningktkan budaya cinta membaca di kalangan pelajar. Ketua Editor Risalah ini yang merupakan penggerak utama risalah ini ialah Ahmad Shahir bin Ahmad, Jabatan Dakwah dan Pengurusan ( kyo_shahir@yahoo.com.my)







Ucapan Ramadhan daripada MPP KIPSAS 09/10

 

Salam ramadhan yang ke 1431H diucapkan kepada muslimin dan muslimat KIPSAS. Diharapkan ibadah puasa,solat,infaq dan amal ibadah yang lain dipertingkatkan dan diperbaiki dari masa ke semasa seiring dengan berlalunya bulan ramadhan Al-Karim. 

Sememangnya ramadhan adalah suatu bulan yang diberkati dan dinanti-nanti kedatangannya... Semoga amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan ini diterima oleh-Nya dan berterusan hinggalah bertemu yang Esa. 

Akhir kalam, jadilah kita hamba kepada Allah dan sentiasa istiqamah dalam melakukan amal ibadah dan bukanlah menjadi hamba Ramadhan.

Gabungan Mahasiswa Iptim Se-Malaysia (GAMIM)

Pemimpin-pemimpin IPT bersama-sama berdiskusi dan bertukar-tukar pendapat bagi memperkasakan lagi kepimpinan dan sahsiah para pelajar di IPT masing-masing
Presiden MPP KIPSAS Abdul Jabir bin Jabaruddin tidak melepaskan peluang keemasan yang diberikan bagi  menimba pengalaman dan berkongsi pengetahuan daripada presiden MPP IPT yang lain

August 21, 2010

Malam Mahabbah Palestin bersama Anak Kapal MaviMarmara

Tarikh :- 30 Julai 2010
Hari :- Jumaat (Malam)
Tempat :- Dewan Utama KIPSAS

Aturcara Majlis :-

~Bacaan Doa
~Ucapan alu-alauan oleh Pengerusi Majlis, dan 
   Wakil Presiden Kipsas Ustaz Muhamad Nizam bin Jamaludin 
~ Persembahan Sajak "Jihad Boikot" oleh Pelajar Muslimat KIPSAS
~ Perkongsian Pengalaman oleh Encik Mohd Nizam ( anak kapal MarviMarmara dan juga                   
    sukarelawan Life Line For Gaza )
~Tayangan video keadaan sewaktu peristiwa penawanan dan pembunuhan anak kapal 
   MarviMarmara
~Persembahan Pantomen oleh Pelajar Muslimin KIPSAS
~ Nyanyian lagu Palestin oleh semua hadirin yang hadir
~Majlis bersurai



AJK Malam Mahbbah Palestin bergambar bersama Encik Nizam sukarelawan LL4G
Pameran dan Jualan oleh badan Non Goverment Organisation (NGO) seperti Haluan mendapat sambutan di kalangan pelajar KIPSAS tanda sokongan mereka kepada perjuangan membebaskan Palestin

Muslimin KIPSAS bersama En. Nizam bersama menyemarakkan semangat jihad menyelamatkan al-Quds yang tercinta dalam  hati  mereka dan juga sahabat-sahabat yang lain.
Persembahan pantomen oleh pelajar Muslimin KIPSAS- satu persembahan gimik yang menyentap jiwa  para hadirin yang hadir dan menyedarkan mereka  bahawa Islam pasti  bangkit kembali  dan Al-Quds pasti dapat dibebaskan semula.
Sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pelajar KIPSAS amat memberangsangkan dan 
                  menggambarkan kebencian mereka kepada Israel zionis yang telah menzalimi penduduk Palestin dan menawan al-Quds






Namun ingatlah saudara seislam sekalian berjanjilah bahawa jihad kita tidak akan pernah padam dan diharapkan agar semangat jihad yang dipupuk pada malam mahabbah palestin ini terus subur dan berbekas dan meninggalkan kesan  di hati, perkataan, dan perbuatan seharian mereka.

Akhir kalam penantian masyarakat palestin dan umat Islam amnya pasti akan berakhir jua dengan kemenangan...
Insya'Allah kerna itu janji Allah 
Namun masih adakah insan yang berkeperibadian sehebat Salehuddin Al-Ayubi, segagah Sultan Muhammad Al-Fateh dan semulia Nabi Muhammad S.A.W. yang dapat  memacu kecemerlangan Islam dan seterusnya membebaskan al-Quds dari gengaman musuh Islam???
Tepuk dada tanyalah iman dihati...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa Siswi 09/10


Tarikh :- 30 Julai 2010
Hari :- Jumaat
Masa :- 8.30 pagi-11 pagi
Tempat :- Dewan Utama KIPSAS


Majlis Anugerah Kecermelangan Siswa Siswi KIPSAS 09/10 telah berlangsung dengan gilang gemilang dan dihadiri oleh semua Warga Kipsas (Pelajar,Pensyarah,Staf). Untuk makluman Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha gigih yang telah ditunjukkan oleh pelajar KIPSAS sehingga beroleh kecemerlangan (anugerah dekan 3.67 dan keatas) serta bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar Kipsas yang telah menyertai ekspedisi berakit merentasi Sungai Pahang. Anugerah telah disampaikan oleh Presiden Kipsas YH Dato' Hj Hashim bin Abdul Wahab



Penyampaian Sijil Penghargaan kepada 99 Orang Penerima Anugerah Kecemerlangan 09/10



Penerima Sijil Penghargaan Ekspedisi Berakit bersalaman dengan  ayahanda presiden dengan penuh sopan tanda hormat

       
Peserta Ekspedisi Berakit Bersalaman Mesra dengan Ayahanda Presiden KIPSAS

        
        

Ucapan Tahniah diucapkan oleh Ayahanda Presiden kepada kepada pelajar yang telah mengharumkan nama KIPSAS 



Pesreta Ekspedisi Berakit Menyelusuri Sungai Pahang sempat mengambil gambar kenangan selepas Anugerah Kecemerlangan berakhir



Diucapkan sekalung Penghargaan kepada para Pelajar yang memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan yang telah diduduki hasil dari usaha gigih yang tidak mengenal erti putus asa. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar terbaik siswa dan siswi iaitu Ahmad Fajri (siswa) dan Kasrina bt Rully (Siswi)
Penilaian sebagai pelajar terbaik ini dari aspek akademik dan kokurikulum. 

Semoga kecemerlangan yang ditunjukkan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan. namun ingatlah bahawa PNGK kita didunia tidak dipandang oleh Allah. Mungkin kita mendapat 4 flat didunia namun bagaimana diakhirat. Bagaimanakan PNGK kita yang dinilai oleh Allah...

Akhir kalam Ingatlah bahawa mencari Ilmu adalah kerana mencari redha Allah bukan mencari dunia semata...