August 22, 2010

Temasya Sukan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Tarikh :- 21 Julai-5 Ogos 2010
Tempat:- Stadium Mini KIPSAS

Khemah Rumah Kuning dihias cantik seperti Khemah Diraja
Acara Sukaneka berlangsung dengan penuh meriah
Perlawanan Akhir Bola Sepak antara pasukan Rumah Merah dan Rumah Biru  yang  menyaksikan kemenangan berpihak pada pasukan rumah Merah
Pelajar dan Pensyarah kipsas bersama-sama memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan Temasya Sukan KIPSAS
Semangat Kesukanan dan keaktifan pelajar dan pensyarah KIPSAS terserlah melalui pelbagai acara sukan yang dianjurkan
Ustaz Sufian menunjukkan bakatnya dalam acara tarik-menarik tali... Tarik jangan tak tarik Ustaz !!!



Semoga Temasya Sukan KIPSAS ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja dapat mencungkil bakat baru dalam bidang sukan di Kipsas  malah  dapat merapatkan ukhwah antara sesama pelajar, pelajar dan pensyarah dan antara sesama saudara seakidah. Akhir kalam sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan Temasya Sukan ini dan tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang menjuarai Temasya Sukan kali ini dan kepada pasukan yang kalah usah berputus asa. Kalah dan menang adat pertandingan... pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya...

No comments:

Post a Comment